#navbar-iframe { height:0px; visibility:hidden; display:none }
KEBENARAN KITAB SUCI INJIL

Seperti yang telah saya gambarkan sejak awal dalam pencarian rohani saya, hakikat pertama yang mengalakkan  saya untuk memberi perhatian kepada kebenaran yang terdapat di dalam Kitab Injil adalah satu ayat daripada Surah Al-Maidah 68, yang mengesahkan bahawa Kitab Suci Injil adalah Kitab yang benar untuk semua orang yang menyembah Tuhan dalam kebenaran, mengikut kehendak Allah.
Terdapat banyak lagi ayat  di dalam Al-Quran yang sering digunakan oleh orang muslim,seperti saya dahulunya,yang telah disalah terjemahkan sebagai bukti,bahawa Kitab Suci Injil adalah palsu dan telah diubah oleh sesetengah pihak daripada orang jahil.
Selepas saya belajar tentang semua makna yang sebenarnya daripada ayat Al-Quran yang sebenarnya,saya ingin belajar untuk memahami perkataan di dalam Kitab Injil dengan sendirinya.
Saya cuba untuk mempercayai dan menguji  bagaimana kebenaran yang terkandung di dalam Al-Quran telah memimpin saya untuk membuat kesimpulan ini:
1.Surah Al-Baqarah 75
“Adakah kamu masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu,padahal sesetengah kumpulan daripada mereka yang mendengar perkataan Tuhan,kemudian merubah dan selepas mereka belajar,mereka adalah orang yang bijak.”
Di dalam terjemahan Muslim umumnya istilah “kumpulan mereka” (fariqun minhum) adalah pakar Kristian/Yahudi yang mana kononnya telah mengubah ayat-ayat Tuhan, yang terdapat dalam Taurat dan Injil.
Mengikut penyelidikan saya,makna surah Al-Baqarah 75 ini adalah tidak begitu.Apa yang dimaksudkan “kumpulan mereka” adalah orang Muslim yang daripada Yahudi dan Kristian yang menolak Islam selepas mereka telah belajar pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad.Al-Quran juga telah mendakwa bahawa mereka telah mengubah makna atau terjemahan ayat-ayat Al-Quran bukannya Injil.
Ini boleh difahami dengan ayat yang berbunyi : ” …..Adakah kamu (Muhammad) masih mengharap mereka untuk mempercayai kamu?kamu” dalam ayat ini jelas menunjukkan Muhammad..Tetapi selepas mereka (Yahudi dan Kristian) telah menerima Muhammad sebagai nabi mereka, mereka telah menolak Islam pula dan dituduh menukar  makna perkataan dari Tuhan, “Al-Quran”, “dan mereka juga dituduh adalah orang bodoh, penipu dan jahil.
Ayat Al-Quran ini tidak ditulis bertentangan dengan 'pakar-pakar Kristian atau Yahudi' dan tidak juga mendakwa bahawa mereka ini telah mengubah Injil, tetapi membincangkan tentang ayat-ayat di dalam Al-Quran sendiri.
2.Surah Al-Baqarah 106
“Yang mana ayat bahawa kami ada menghilangkan atau membuatkan orang melupakan mereka,kami akan mengubah mereka dengan lebih baik atau sama taraf antara satu sama lain….”
Dengan “menghilangkan ayat” di dalam Surah Al-Baqarah 106 ini, orang Muslim berpendapat bahawa  ayat di dalam Injil dan Taurat.
Tetapi pada sesetengah terjemahan Al-Quran, kamu boleh mencarinya bahawa “menghilangkan ayat”  bermakna beberapa ayat Al-Quran, kerana undang-undang mereka dan hukum-hukum mereka sudah dimansuhkan. Buku “Al-Tajuddin Fil Islam” berkata bahawa terdapat "sekurang-kurangnya 5 hingga 50 ayat di dalam Al-Quran telah dimansuhkan.”
Ramai orang berkata bahawa makna  “menghilangkan ayat”,adalah kerana kekhuatiran terhadap mukjizat Nabi Muhammad, kerana Muhammad sebagai nabi yang diturunkan wahyu dari Allah, tidak mampu untuk melakukan mukjizat seperti Musa dan Isa, nabi yang datang sebelumnya.Oleh itu ayat surah Al-Baraqah 106 tidak boleh dijadikan bukti untuk menolak kesahihan Injil sebagai Kitab Suci dari Tuhan yang berdasarkan kebenaran untuk setiap insan yang ingin mengikut kehendak Tuhan.
3.Surah Al-Maidah 13
“…….kerana mereka telah melanggar janji mereka,kami mengutuk mereka,dan membuatkan hati mereka keras seperti batu.Mereka seronok menukarkan perkataan Allah daripada tempat mereka dan mereka (bermaksud) untuk melupakan sesetengahnya yang mereka ingat,dan kamu (Muhammad) akan sentiasa melihat pengkhianatan daripada mereka,melainkan beberapa daripada mereka yang tidak menghianati.”
Perkataan “mereka” dalam surah Al-Maidah 13, biasanya mereka menambah “Yahudi/Kristian” dalam tafsiran mereka, dan daripada ayat ini , “mereka seronok mengubah perkataan Allah daripada tempat mereka”, mereka menterjemahkan bahawa kebenaran di dalam Injil dan Taurat yang ditukar dan dihilangkan.
Sebenarnya ayat ini, perkataan dalam surah Al-Baqarah 75,telah diamalkan oleh sesetengah orang Muslim semasa kehidupan Nabi Muhammad, mereka yang benar-benar percaya sejak awal lagi akan  agama Yahudi dan Kristian , berbalik kepada Islam dan kemudiannya beralih semula kepada agama mereka sendiri dan menolak Islam.Al-Quran menuduh mereka mengkhianati ayat Al-Quran dengan mengubahnya kepada perkataan mereka.Mereka menolak pengajaran Islam, selepas mereka belajar pengajaran yang sebenarnya daripada Muhammad. Maksud ini boleh dibaca di dalam ayat surah Al- Maidah 13:7-14.
Jelasnya,ayat di dalam surah Al-Maidah 13 juga tidak boleh digunakan sebagai asas untuk  menolak kebenaran di dalam Kitab Suci Injil.

PENUTUP 

Terdapat banyak lagi ayat di dalam Al-Quran yang sama nadanya seperti di atas; iaitu yang kononnya sama-sama menolak kesahihan dan kewibawaan Kitab Suci Injil.Sesudah mengkaji dan menyelidik secara sungguh-sungguh,saya mengaku bahawa tidak ada satu ayat pun di dalam Al-Quran  yang mana tidak menyatakan pernyataan bahawa Injil dan Taurat adalah palsu  atau diubah daripada kebenaran yang sebenar.
Akhirnya,saya membuat kesimpulan bahawa apa yang dikatakan di dalam Al-Quran di dalam Surah Al-Maidah 68,Al-Baqarah 62,Al-Sajadah 23,dan lain-lain yang saya tegaskan daripada dahulunya lagi,adalah kenyakinan bahawa Kitab Injil dan Taurat adalah benar-benar untuk setiap orang yang mahu menyembah Tuhan mengikut kehendakNya.


http://www.google.co.id/#hl=id&cp=7&gs_id=q&xhr=t&q=www.johnlambai.com&pf=p&sclient=psy&source=hp&pbx=1&oq=www.joh&aq=0&aqi=g5&aql=&gs_sm=&gs_upl=&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.&fp=28c02bf069601b94&biw=1366&bih=648
http://www.google.co.id/search?q=google&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:unofficial&client=firefox-a
http://www.google.co.id/#sclient=psy&hl=id&source=hp&q=free&pbx=1&oq=free&aq=f&aqi=g5&aql=&gs_sm=e&gs_upl=30305l31036l3l32946l4l4l0l0l0l0l1110l2968l4-1.1.1.1l4l0&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.&fp=28c02bf069601b94&biw=1366&bih=648
Sumber: http://www.answering-islam.org/Bahasa/AlKitab/kebenaran_kitab_injil.html 
www.johnlambai.com